Thursday, 5 April 2012
tips mencari jodoh
~Beautiful life~
Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya.
ketika itu gurunya sedang mengajar mengenai KASIH SAYANG..
PELAJAR: cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang
yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan.
CIKGU : ok, kamu ikut apa yang saya suruh.kamu pergi ke padang.kamu berjalan
diatas rumput sambil memandang rumput didepan kamu. Pilih yang paling
cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.dah petik rumput
yang paling cantik bawa ke kelas.. :)
Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada sehelai rumput pun ditangannya.cikgu
bertanya kenapa tiada rumput yang dipilih.
PELAJAR: tadi masa saya berjalan,saya carilah rumput yang paling cantik.Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik.Maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi.tapi,sampai dipenghujung padang saya tak jumpa pun yang
paling cantik.Mungkin ada diantara yang dibelakang saya tadi rumput yang
paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh kebelakang semula,jadi
tiadalah rumput yang boleh saya petik.
CIKGU : Ya itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang
yang kita sayang janganlah mencari yang lebih baik dari itu,kita patut
hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.Janganlah kita
menoleh kebelakang lagi kerana yang dah berlaku tetap berlaku.Semoga yang
berlalu tidak berulang lagi.dan ingatlah orang yang paling kita sayang
itulah yang paling cantik dan paling baik.walaupun nak diikutkan banyak
lagi baik dan cantik seperti rumput tadi.....
#bersyukur apa yang kita ada....setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya.... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment