Istiqamah itu tandanya setia..
Alhamdulillah..Allah yang Maha Pengasih..Yang mana Dia tidak akan membiarkan walaupun satu doa hamba-hambanya tidak terjawab..
Allah tidak pernah jemu menunjukkan kasih sayangnya pada kita..
Dia tidak pernah jemu memujuk kita dengan caranya yang tersendiri..
Amat berseni..Amat halus..Penuh cinta dan kasih sayang..
Begitu berterusannya Allah dalam meneliti setiap satu dari hambanya..
Begitu setianya Allah kepada kita..Tidak pernah Dia tinggalkan kita walaupun sesaat..
Namun
kita,lain pula senarionya..
Setiap satu arahan dan perintahnya kita
ingkari..
Kita tidak pernah jemu meraih dosa..
Tidak pernah jemu menempah
tiket ke neraka..
Amat rakus..Amat lupa diri..Hati kering tanpa
cintanya..
Jauh lagi untuk setia padanya..
Mujurlah Allah itu penilaiannya
bukan seperti manusia..
Jika tidak,nescaya sudah lama bumi ini
dihancur-hancurkan atas sebb dosa dan keingkaran kita..
Sebelum
ini aku selalu mendengar perkataan 'istiqamah'. Tetap, berterusan,
konsisten dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Namun, pada hari ini
Allah menyedarkan aku bahawa istiqamah itu tandanya setia. Setia pada
Allah yang Esa. Tetap sabar dan berterusan dalam mentaati perintahNya
dan Sabar dalam meninggal setiap laranganNya.
Aku Cinta DIA...
Aku
mencintainya..
Setiap hari,aku akan cuba untuk melakukan yang terbaik
untuknya..
Sediakan keperluannya semampuku..
Menenagkan hatinya dan cuba
sedaya upaya untuk membuat dia gembira walaupun dalam hatiku penuh
lautan hiba..
Kerana cinta,segalanya sanggupku korbankan. Masaku,tenagaku,dan hatiku..
Tidak pernah wujud perasaan jemu pabila bersamanya..
Tidak ada secalit bosan pabila melakukan sesuatu untuknya walaupun
berulang kali pada perkara yang sama..
Ini semua ku lakukan kerana cintaku
padanya..
Aku Cinta DIA...
Hari
demi hari ku gagahi untuk menghambakan diri padaNya..
Setiap perintannya
ku rasakan amat berat..
Kadang kala wujud rasa bosan di hatiku untuk
menuruti perintahnya..
Aku menjadi amat berkira jika perlu peruntukkan
waktu untuknya..
Bertambah berat jika diminta untuk korban harta atau
jiwa..
Namun ku katakan ku cinta..Tapi kenapa cinta ini amat kering dan
menyiksakan jiwa?
Hurmm..Dua
fenomena cinta..
Yang sekali pandang seperti sama..
Tapi intinya amat
berbeza..
Untuk mencintai menusia,amat mudah..
Kerana manusia itu
kelihatan jasadnya. wujud lahirnya..
Tapi mengapa untuk mencintai pemilik
cinta itu amat susah dan merana?
Adakah kerana kurangnya keyakinan kita
padanya atau adakah kerana hati ini sudah mati,telinga ini sudah tuli
hingga tidak dapat merasa wujudnya Dia??
Aku
yakin..Setiap dari kita mempunyai cinta kepada Tuhan yang Maha
Esa..
Terpahat kukuh di dalam dada..
Namun,jika di besarkan cinta kepada
makluknya melebihi cinta kepadanya..
CINTA itu akan mengecil dan
terpinggir dan digantikan dgn cinta yang sementara..
Oleh itu,salah satu
perkara yang mampu kita lakukan untuk menyuburkan cinta kepadanya
adalah dengan terus menerus mengingati Dia..
Tidak kira di mana jua kita
berada..
Sewaktu berjalan,duduk bahkan baring sekalipun,latihlah diri
untuk sentiasa meletakkan Dia d hati kita..
Aku tahu ianya sukar..Namun
itulah cinta..Cinta yang besar perlukan pengorbanan yang lebih besar..
Istiqamahlah
dalam mencintai Dia..kerana istiqamah itu tandanya setia..
Dan setia itu
hasil dari cinta..
Insyallah..
Jika kita cuba untuk istiqamah dalam
sekecil2 perkara kerana Dia..
Nescaya akan Dia bukakan jalan,mudahkan
laluan serta limpahkan kekuatan untuk kita istiqamah pada hal2 yang
lebih besar pula..
Wallahu a'lam....
p/s Jom kita setia padanya..=)
No comments:
Post a Comment