Pages

Thursday, 5 April 2012

Rahsia jari kita..

   Pelbagai hikmah dan tafsiran yg boleh diandaikan di sebalik jari anda yg lima..Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda..Kemudian,genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas..Laungkan... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya..Itulah Rukun Islam yg kita mesti junjung..

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka..Renung dalam2..Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan..Kemudian lekapkan jari itu di atas meja,perhatikan..Bermula daripada jari pertama jari kelingking yang kecil dan kerdil,seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar..

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya..Apa sahaja yg kita lakukan mesti bermula daripada kecil..Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya"..Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yg besar pada masa hadapan..

Naikkan kepada jari yg kedua, jari manis namanya..Begitu juga dengan usia remaja..Manisnya seperti jari yang comel mulus ini..Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,bangga tak terkira..Pada ketika ini,alam remaja menjengah diri..Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan..Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran..Pada usia ini,anda sudah baligh dan mukalaf..Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil..Bersediakah anda??


Naik kepada jari ketiga..Jari yg paling tinggi,jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan.. Alam dewasa kian menjengah..Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yg kukuh serta kerjaya yg teguh..Namun,anda mesti berhati2 kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yg datang menggoda..Hantu hasad dengki,hantu ego,hantu tamak,hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi..Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan..Jesteru itu,amal ibadat mesti dilipatgandakan..

Kita beralih kepada jari telunjuk..Jari inilah yg mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat..Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini..Gagahnya ia sebagai penunjuk arah,menjadi contoh dan tauladan..Manusia yg berada di tahap usia ini,hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yg kaya dengan idea bernas dan minda yg hebat..

Akhir sekali,renung ibu jari kita...Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yg membanggakan..Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara..Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada,semua urusan berjalan lancar..Buat generasi muda,rujuk dahulu kepada orang tua atau yg berpengalaman..Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita..Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi,nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda..

Akhir sekali,cuba kita lihat sekali lagi jari anda yg kelima..Renung dan fikir dalam2..Dimanakah kita sekarang..?

No comments:

Post a Comment